Wednesday, June 27, 2007

SHREK 3 dan FIQH DAKWAH ??



Baru-baru ini, saya telah menonton CD filem animasi terbaru bertajuk "SHREK 3" yang merupakan kesinambungan kepada "SHREK 1" dan "SHREK 2". Secara jujurnya, saya memang merupakan peminat filem tersebut dan telahpun menonton kesemua filem SHREK sebelum ini, dimana semua CD filem tersebut ada dalam koleksi CD di rumah.

Bagi sesiapa yang masih belum menonton filem ini, saya sarankan agar anda mendapatkan DVD filem ini di pasaran, kerana selepas menontonnya, saya merasa tersentuh dengan satu nilai yang telah ditonjolkan dalam filem tersebut, yang perlu buat kita, selaku penggerak dakwah, mengambil iktibar dan menterjemahkannya dalam interaksi kita dengan masyarakat di sekeliling. Mungkin akan ada yang pelik bagaimana sebuah filem kartun seperti ini mampu menyelitkan mesej yang cukup bermakna buat penonton seperti saya.

MENONTON atau MEMBACA FILEM ?

Saya pernah berbual dengan salah seorang rakan dari UBU (Universiti Bangsar Utama) iaitu Koy, seorang penggemar diskusi dan wacana-wacana intelektual. Koy menyara hidupnya dengan membuat nasi lemak dan mengedarnya di gerai-gerai pada setiap pagi. Walaupun merupakan bekas graduan UIA, tetapi beliau lebih senang bekerja sendiri kerana berprinsip tidak mahu bekerja dan terikat dengan kerajaan, kerana katanya, beliau tidak mahu bersubahat dan terikat dengan sistem, kerana ia akan mengekang kebebasannya untuk aktif dalam kegiatan aktivisme. Khabar terbaru yang saya dengar, beliau kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Master di UKM, berbekalkan hasil jualan nasi lemaknya sebelum ini.

Dalam diskusi tersebut, beliau ada bertanya kepada saya, adakah saya berminat menonton filem? Ketika itu, saya akui bahawa saya kurang berminat melihat filem memandangkan tiada masa kerana sibuk dengan kegiatan persatuan.

"Rugi kau, Shark.."kata Koy.

"Kenapa pulak rugi?"saya kehairanan.

"Sebenarnya filem ni, terutamanya filem-filem luar Malaysia, merupakan suatu bentuk penjajahan minda kepada kita. Sebagai contoh, filem KONG, merupakan salah satu dogma yang cuba mendoktrin kita bahawa bangsa Amerika adalah kuasa utama dunia, dan tidak mampu digugat."jelas Koy pada saya.

"Eh, macamane pulak tu?"Saya bertanya lagi.

"Haaaaaa...tu la aku cakap. Ko kena membaca filem, bukan menonton filem. Kalau sekadar menonton filem, ko tak akan dapat apa-apa. Membaca filem dengan kritis dan mengupasnya dalam sisi-sisi yang berbeza."Koy ketawa melihat wajah saya yang agak terkedu.

MEMBACA FILEM DENGAN TUJUAN, BUKAN MENONTON TANPA HALATUJU

Kata-kata dan saranan Koy masih segar dalam ingatan saya, dan sering menjadi panduan kepada saya untuk menetapkan tujuan ketika menonton filem-filem selepas itu. Wah, menonton filem pun kena ada tujuan? (Mungkin ada yang akan ketawa)

Tetapi ianya tidaklah menyebabkan saya menjadi penggemar filem selepas mendengar saranannya. Memandangkan filem-filem Barat yang sarat dengan babak-babak lucah, menghadkan minat saya untuk sekadar menonton filem-filem animasi, demi menjaga iman daripada tercalar.

Dan, alhamdulillah, seperti kata Koy, membaca filem MEMANG berbeza berbanding menonton filem. Malah tidak salah jika salah satu daripada aktiviti usrah diselitkan dengan diskusi tentang filem, iaitu memilih satu filem untuk ditonton bersama oleh ahli usrah, dan kemudian diskusi dan wacanakan ia dalam sisi-sisi yang pelbagai, kerana ia akan membantu ahli usrah mempertajamkan minda disamping mampu memandang setiap perkara dalam dimensi yang pelbagai. Menarik bukan?

SHREK 3 dan MESEJ BUAT PENDAKWAH

Saya rasa saya tidak perlu menerangkan jalan cerita filem ini, kerana saya pasti anda akan bergegas mendapatkan DVD filem ini sejurus selepas membaca artikel ini. (^_~). Biarlah anda sendiri yang menontonnya, (baca : membacanya).

Babak yang telah membuatkan saya tersentuh ialah ketika Shrek cuba memotivasikan Arthur yang selama ini dianggap sebagai orang yang tidak berguna, dan sering dikenakan oleh rakannya hingga menyebabkan dia tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk menjadi seorang Raja di Kingdom of Far Far Away. Inilah kata-kata hikmah yang disebut oleh Shrek :

"People used to think I was a monster, and for a long time, i believe them. But after a while, you learn to ignore the names that people call you. You just TRUST who you are."

Tepat sekali apa yang diungkapkan oleh Shrek. Sebagai seorang manusia yang dipelihara hak dan maruahnya oleh Islam, adalah amat penting untuk tidak terlarut dengan pandangan dan persepsi negatif yang dilabelkan kepada kita, sebaliknya PERCAYALAH dan YAKINILAH diri sendiri, supaya dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Babak seterusnya yang menyentuh hati saya ialah di penghujung cerita, iaitu ketika mana hampir berlaku pertempuran antara kelompok penjahat yang diketuai Charming, dengan kelompok protagonis yang diketuai Shrek, dimana kelompok penjahat tersebut merupakan watak-watak jahat dalam pelbagai cerita fairy tales, dan mereka cuba merampas takhta Kingdom of Far Far Away. Pada saat-saat genting tersebut, Arthur muncul dan cuba mengelakkan pertempuran tersebut. Berikut adalah dialog yang berlaku antara Arthur dengan kelompok penjahat tersebut.

"You're telling me you just want to be villains your whole life?"Arthur bertanya kepada kelompok penjahat.

"But we're villains. It's THE ONLY thing we KNOW."sahut Hook.

"Didn't you ever wish you could be something else?"Tanya Arthur lagi.

"That just because people treat you like a villain, or an ogre, or just some loser, it DOESN'T MEAN you are one."jelas Arthur lagi.

"The thing that matters most, is WHAT YOU THINK OF YOURSELF. If there's something you really want, or someone you really wanna be, then THE ONLY person standing in your way, is YOU."jelas Arthur dengan penuh dramatik.

PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM



Selaku penggerak dakwah, kita perlu memahami bahawa mungkin kebanyakan sasaran dakwah di sekeliling kita juga mengalami apa yang menimpa kelompok penjahat dalam filem SHREK 3. Mereka mungkin telah melakukan kesilapan, dan dengan itu terus mendapat hukuman daripada masyarakat sekeliling, sehingga mereka merasakan bahawa mereka benar-benar tiada peluang, malah tidak diberi harapan untuk BERUBAH menjadi manusia yang baik.

Ianya soal PERSEPSI. Mungkin itulah trauma yang menimpa sasaran dakwah yang boleh kita temui dicelah-celah lorong gelap, di pusat-pusat hiburan, pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat serenti dan sebagainya. Mereka kemungkinan besar didoktrin oleh persepsi negatif masyarakat sekeliling bahawa mereka ini akan kekal dalam keadaan yang hina, dan akan terus dipinggirkan serta dianggap sebagai sampah masyarakat.

Tidak hairanlah jika kebanyakan mereka mengambil jalan meneruskan kesilapan mereka kerana itu sahajalah yang mereka boleh buat kerana jalan pulang sudah tertutup rapat. Tiada siapa yang sanggup membantu, memimpin tangan mereka keluar dari lembah kegelapan dan kehinaan. Sungguh menyedihkan.

BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA, WAHAI PENDAKWAH !

Bukankah Rasulullah pernah menyarankan agar dakwah sentiasa dipermudahkan dan tidak hanya ekslusif buat beberapa golongan sahaja? Bukankah dakwah Islamiyyah itu untuk seluruh ummat manusia?

Maka, wahai para pendakwah, berilah khabar gembira kepada setiap sasaran dakwah, walau sekeji manapun latar belakang dan kesilapan yang pernah mereka lakukan, itu bukanlah tiket untuk kita merendah-rendahkan mereka, kerana Allah Maha Pengampun atas segala kesalahan hamba-Nya.

Mari mengorak langkah bersama !!!


Jerung Sakti

3 comments:

your junior said...

salam abe shak...

waaaa, peminat shrek rupenye...huhu...bagus2,kena MEMBACA filem,bukan MELOPONG tgk filem...hehe...pasni filem apa plak nak kupas?

kak syu said...

assalamualaikum...

hmmm...menarik artikel ni.
akak peminat CSI ...minat sangat2..tp
sambil menonton tu sering gak terlintas "kenapa diorang hebat?" .."kenapa orang islam tak macam ni.." betul cakap kawan shark tuh...Amerika berjaya memperlihatkan kehebatan mereka sebagai kuasa besar dunia...dengan teknologi canggih yang masih tak terjangkau mungkin oleh kita...

oklah...lepas ni kena baca drama n filem...bukan tonton kosong n gelak2..

syukran, dapat ilmu baru

Anonymous said...

j

 
Template by: Abdul Munir