
Ketika di MRSM Jasin dahulu, saya mempunyai satu minat dan passion dalam bidang perfileman, dan minat ini diterjemahkan dan digerakkan bersama sahabat-sahabat melalui penghasilan 4 buah filem sepanjang tahun 2003, iaitu ketika saya berada di Tingkatan 5. Filem pertama arahan saya bertajuk "Mahaguru Reloaded" telah ditayangkan pada Sambutan Hari Guru 2003, disamping filem bertajuk "Mission Mahaguru" arahan sahabat baik saya, Muhammad Ashraf bin Rostam.
Penghasilan kedua-dua filem tersebut telah menjadi batu asas kepada penghasilan 2 buah filem selanjutnya, memandangkan sambutan hangat yang diperolehi daripada warga maktab, termasuk para guru, ditambah faktor bahawa kami merupakan batch pertama yang menghasilkan filem bersempena program-program anjuran maktab. Sebelum ini, kebiasaannya program-program maktab akan dihidangkan dengan persembahan teater lakonan pelajar.
MISSION MAHAGURU
Filem pendek ini, iaitu kira-kira 20 minit, telah diarahkan oleh Saudara Ashraf, dan merupakan intro kepada Sambutan Hari Guru, iaitu sebelum upacara perasmian oleh Puan Pengetua. Ia mengisahkan seorang ejen 007 yang telah ditugaskan satu misi, iaitu untuk mencari dan membawa sekeping CD ke Dewan Bendahara MRSM Jasin secepat mungkin untuk Perasmian Sambutan Hari Guru 2003. Maka, pengembaraan pun bermula, dimana ejen tersebut (lakonan Amar Hakim Zabarni) telah mengharungi suatu perjalanan yang penuh dengan halangan, dan akhirnya dia berjaya sampai ke Dewan Bendahara. Filem ini tamat apabila ejen tersebut tiba di pintu utama Dewan Bendahara dan disambung pada hari sebenar, dimana ejen tersebut telah naik ke pentas untuk menyerahkan CD perasmian tersebut kepada Puan Pengetua. Satu filem yang lucu, dari segi perjalanan cerita dan pelakonnya, yang merupakan pelawak terkenal maktab.
MAHAGURU RELOADED
Filem ini turut ditayangkan pada Sambutan Hari Guru, dan merupakan filem pertama arahan saya, dan Alhamdulillah, filem tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Filem tersebut mengisahkan sebuah kelas yang paling teruk, iaitu kelas 519, yang menyaksikan 3 orang guru meletakkan jawatan akibat tidak tahan dengan kenakalan pelajar kelas tersebut, yang telah membuli mereka dan tidak menghormati guru. Akhirnya, pada suatu hari, seorang cikgu yang hebat, iaitu Cikgu Suji (lakonan Suji) telah mengambil alih sebagai guru baru kelas tersebut dan bermulalah perseteruan antara beliau dengan Ketua Kelas 519 (lakonan saya). Adakah Cikgu Suji akan menerima nasib yang sama dengan guru-guru sebelumnya?
MAHAGURU RELOADED PART 1
MAHAGURU RELOADED PART 2
MAHAGURU RELOADED PART 3
2 filem seterusnya akan saya ulas pada entry seterusnya. Sementara menunggu, di sini saya hidangkan filem Mahaguru Reloaded buat tatapan semua. Selamat menonton!!
Jerung Sakti
2 comments:
bile nk buat filem yg boleh mengalahkan Gubra, Sepet, dan filem2 b'corak Islamik yg btul,(bkn psedou-islamik).
| lama menanti direktor berjiwa dakwah! |
Salam buat sheikh universiti malaya,
Ana menunggu video ke-2,budak2 fly ikut pintu belakang mrsm jasin...huhuhuhu :)
mujahidinreformasi
Post a Comment