Saya sering resah dan termenung apabila memikirkannya.
Dahulu, persoalan ini tidak begitu mencuit hati saya, walaupun sejak dahulu lagi ia sering digema-gema dan dijadikan isu. Tapi kini, saya terasa agak kesal kerana menyedari trend berfikir kebanyakan Orang Melayu yang sering bercakap tanpa asas yang jelas.
Ketuanan Melayu! Hak Orang Melayu! Ini tanah orang Melayu! Kami warga asal Tanah Melayu, orang Cina dan India adalah pendatang!
Pelbagai lagi slogan stereotaip yang tertulis dalam suatu senarai panjang pemikiran Orang Melayu setelah 50 tahun di bawah didikan UMNO-Barisan Nasional.
Mungkin Orang Melayu tidak sedar, selama mereka menyuarakan slogan ini terutamanya apabila muncul suatu peristiwa yang pada hemat mereka bakal menggugat nasib mereka, selama itu jugalah Parti Kebangsaan Melayu Bersatu a.k.a UMNO yang bertunjangkan semangat Melayu, gagal memartabatkan nasib Orang Melayu ke peringkat yang selayaknya.
Anda mahu tanya mengapa nasib Orang Melayu gagal dimartabatkan oleh kerajaan Malaysia yang selama ini majoritinya diterajui oleh Ahli Parlimen dari kalangan UMNO? Mengapa asas Melayu yang dibawa oleh Perdana Menteri dan kebanyakan wakil rakyat berpartikan Parti Melayu gagal mengangkat Bangsa Melayu ke tahap yang sepatutnya?
Apabila sebuah pohon bermasalah, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan akarnya. Asas masalah kepada nasib Orang Melayu ialah apabila Allah telah mentaqdirkan mereka mendapat nikmat Iman dan Islam, mereka tidak menghargainya, sebaliknya meletakkan asas bangsa sebagai kononnya mampu menjaga kaum mereka hingga ke akhir hayat.
Adakah asas bangsa mampu menjamin keharmonian bangsa dunia dan akhirat?
Mereka lupakan sejarah. Mereka lupa bahawa Saidina Umar bin Khattab pernah berkata, "Kita adalah suatu bangsa yang dimuliakan kerana kita meninggikan Islam. Sekiranya kita meninggalkan Islam, maka sesungguhnya bangsa kita akan menjadi hina."
Sesungguhnya, kita tidak akan mampu keluar dari lingkaran kemelut masalah yang tidak berkesudahan seandainya kita masih belum BERANI membuat keputusan untuk mengubah asas kita daripada kesempitan semangat bangsa ke arah keluasan Islam. Jika kita terjerit-jerit melaungkan "Ketuanan Melayu" sehingga sakit tekak, tetapi dalam masa yang sama, menjadi pengecut untuk mengubah pillar kekuatan Orang Melayu kepada akar Islam, maka saya kira laungan anda hanyalah perbuatan yang sia-sia.
Pernahkah jaringan NGO-NGO yang akhir-akhir ini galak beraksi di TV3 menyatakan pendirian mereka tentang isu Melayu dan Islam, mengeluarkan seruan "Marilah kita kembali kepada Islam!" atau "Marilah kita daulatkan Islam dalam membina Malaysia Baru"? Adakah NGO-NGO tersebut meletakkan asas Melayu dan materialisme sebagai perjuangan mereka atau Islam sebagai keutamaan?
Realiti hari ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa bangsa Melayu gagal meyakinkan bangsa lain, bahawa mereka merupakan bangsa yang layak untuk menerajui kepimpinan negara. Anutan Islam dalam diri kebanyakan pemimpin Melayu ternyata tidak mencerminkan keislaman, sebaliknya dijadikan kosmetik untuk mengelabui mata rakyat.
Usaha dakwah Islamiyyah gagal menembusi dada bangsa Cina dan India, kerana mereka tidak yakin terhadap model kebanyakan Ummah Melayu yang ditonton saban hari. Ini kepahitan yang perlu kita telan dan cuba fahami. Islam masih gagal ditonjolkan indah di mata golongan bukan Islam.
Ada yang menyatakan, Islam tidak dapat diimplementasikan di Malaysia, atas faktor masyarakat majmuk. Adakah ketika pemerintahan Negara Islam Madinah, Rasulullah memberi alasan bahawa Islam tidak sesuai dilaksanakan kerana ada bangsa lain bangsa Arab? Bahkan Rasulullah memahami realiti tersebut, lantas memperhebatkan usaha dakwahnya untuk menembusi tembok kaum Arab, sehinggakan ramai warganegara Madinah pelbagai kaum terpikat untuk memeluk Islam. Malah Rasulullah telah mempamerkan suatu bentuk kepimpinan multi-racial yang berjaya dengan meletakkan Islam sebagai dasar yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.
Ketuanan Melayu, Ketuanan Cina, Ketuanan India, Ketuanan Rakyat, semuanya harus tunduk kepada Ketuanan Islam yang meninggikan semua kaum.
Saya bosan dengan drama Orang Melayu yang tidak berkesudahan.
Saya termenung lagi....
http://www.jerungsakti.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment