Friday, September 12, 2008

SAH !! Operasi Lalang Diulang Tayang!!

“Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, biar pun dia itu seorang KAFIR. Sesungguhnya di antara ALLAH dan si KAFIR MAZLUM yang berdoa itu TIADA HIJAB antaranya” [Sahih al-Jaami' 119]


TERBARU!! : Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

---------------------------------------------------------------------------------

Updated : Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan sebelum ini telah melaporkan tentang ucapan pemimpin UMNO, Datuk Ahmad Ismail, yang mendakwa bahawa kaum Cina Malaysia sebagai "penumpang" di negara ini.

Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan UMNO telah mengantung Dato Ahmad Ismail selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO Rabu lalu.

---------------------------------------------------------------------------------

Berita terbaru, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Internal Security Act (ISA) pada tengahari tadi. Boleh rujuk laporan di laman web Malaysiakini.


Penahanan ini berlaku setelah sekatan Kerajaan terhadap laman web Malaysia Today baru sahaja ditarik balik. Penahanan ini juga menggambarkan sikap "double standard" oleh kerajaan dalam menangani isu agama dan perkauman, iaitu apabila Dato Ahmad Ismail memainkan isu perkauman, beliau hanya dikenakan tindakan digugurkan daripada semua jawatan dalam UMNO selama 3 tahun sahaja. Apa yang pelik ialah sepatutnya kes Dato Ahmad Ismail ini ditangani oleh kerajaan, dan bukannya parti, kerana isu perkauman yang dimainkan oleh beliau merupakan usaha yang mengocak rakyat berbilang kaum, bukannya mengocak hal dalaman Barisan Nasional.

Kerajaan Islam Hadhari ini telah mengambil tindakan yang menyalahi prinsip Islam, sebagai respon untuk kononnya menangani penghinaan RPK terhadap Islam dan Rasulullah. Saya teringat suatu ketika dahulu Dato Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad pernah menghina janggut Rasulullah, tetapi beliau tidak pula dikenakan tindakan ISA. Kerana Islam Hadhari mengajar bahawa sekiranya pemimpin Ummat Islam menghina Islam dan Rasulullah, mereka tidak boleh dikenakan tindakan, tetapi sekiranya rakyat yang menghina Islam dan Rasulullah, maka mereka wajar dikenakan tindakan serta merta termasuk berdepan kemungkinan dihumban dalam ISA.

Inilah keunikan ajaran Islam Hadhari.

Tetapi, jangan bimbang RPK, kerana doa orang yang dizalimi akan terus sampai direct kepada Allah, Insya Allah. Jangan lupa doakan supaya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, kerana jika hari ini Pakatan Rakyat memerintah, esok turun harga minyak! Eh, bukan, esok tahanan ISA akan dibebaskan serta merta dan akan melalui proses perbicaraan secara adil.

Kerajaan Barisan Nasional kini hanya menghitung saat mereka rebah tersembam ke atas muka bumi. Sebelum tarikh 16 September, mereka boleh menggandakan kezaliman mereka, kerana ia akan mempercepatkan kemurkaan Allah. Bukankah Allah sahaja yang Berkuasa menggantikan sesebuah kerajaan yang zalim dengan kerajaan yang adil?

Mari sama-sama berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. Harapan Baru Untuk Malaysia!

0 comments:

 
Template by: Abdul Munir