Monday, September 22, 2008

MARI MEMBURU LAILATUL QADAR DI TENGAH KECAMUK POLITIK SEMASA


Mari kita berehat sejenak dari kehangatan suasana politik semasa.

Kita sudah melangkah masuk ke fasa terakhir Ramadhan, iaitu 10 malam terakhirnya. Pada period penting ini, seluruh Ummat Islam kini ghairah memburu Lailatul Qadar, iaitu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Pada kesempatan ini, saya mengajak seluruh peminat setia blog Jerung Sakti, untuk sama-sama memanfaatkan 10 malam terakhir ini dengan amal ibadah yang berlipat ganda, moga-moga kita dihindarkan dari panas api neraka, Ameen..

Saya tidak sesekali mual untuk mengupas dan membicara hal ehwal politik semasa, sebaliknya akan terus cuba menerobos mata hati masyarakat agar mereka dapat melihat politik dalam sudut pandang yang sihat dan sejahtera.

Semoga kita semua diberi kekuatan oleh-Nya dalam memacu usaha ke arah Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Salam hormat dari saya,
Ahmad Shakir bin Salleh

0 comments:

 
Template by: Abdul Munir