1. Entri ini sedikit berbeza persembahannya berbanding entri-entri terdahulu. Kali ini, ia bernada agak personal.
2. Perasaan saya ketika ini bercampur baur, hati berasa sesak, fikiran menjadi kusut dan emosi banyak tercalar. Beberapa peristiwa yang menimpa diri akibat ragam manusia yang punyai jiwa sempit dan fikiran dangkal menambahkan lagi pedih di dada.
3. Saya tidak akan sesekali menuding jari ke arah orang lain, kerana ia perkara di luar kawalan diri. Ini semua ada hikmah-Nya. Pasti ada hikmah-Nya. Yakin ada hikmah dicelah-celah kebuntuan.
4. Maha Suci Allah atas segala keadilan-Nya, sedangkan manusia sendiri lah yang menzalimi diri mereka.
5. Dalam keadaan sebegini, saya perlu keluar sebentar dari zon yang mengepung diri dari segenap sudut. Membiarkan diri terperangkap dan terjerat dalam kekabutan ini hanya akan memberikan bonus buat Sang Penyesat untuk menggelincirkan diri daripada jalan yang dicintai ini.
6. Saya sukar difahami kerana saya sukar untuk berkongsi isi hati. Itu kelemahan UTAMA saya sedari kecil. Lagak dan laku seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang menimpa, namun Tuhan sahaja yang mengerti apa yang tersorok di lubuk hati.
7. Saya ingin meminta maaf kepada semua atas segala perkara yang tidak kalian ketahui. Masih cuba mengedit skrip hidup agar mampu menyantuni ombak perubahan yang menghempas kehidupan.
8. Doakan saya sentiasa tegar menapak dalam landasan yang diredhai-Nya, kerana syurga tidak pernah mengalu-alukan penonton yang berada di pinggiran. Moga bertemu dengan Allah kelak dalam keadaan hati yang sejahtera.
9. Terima kasih buat semua teman-teman yang memahami. Moga ketemu jua nanti, jika diizinkan-Nya.
10. Ameen Ya Allah.

4 comments:
Semoga kekal tabah didalam perjuangan ini. Jangan berasa sendirian kerana ramai yang masih lagi meyokong. Ana doakan success selalu. MOHON MAAF ZAHIR BATIN. SELAMAT HARI RAYA
Salam,
Ana berkeinginan tinggi untuk jumpa enta dan discuss banyak perkara.Moga dipermudahkan nanti.
selalu tak terasa nak tbatuk2 tanpa sbb atau tersedak masa mkn?itu tandanya akk duk sebut name shark le (bkn mengumpat tau)..dah lama x jupe smpai dah x ingat bile last jupe..(bile eh)..bile bleh jupe lg?
salam..apa khabar sahabatku shakir, semoga terus istiqomah...
Post a Comment