Mobile Number Portability?Mulanya kedengaran menarik, tetapi bila menganalisa secara kritikal, aku cuba menggali apakah manfaat yang boleh diperolehi daripada servis ini. Dan kini aku masih belum mendapat konklusi tepat terhadap servis ini. Di sini aku akan kongsikan beberapa kemusykilan aku.
Sebelum tu, aku nak menceritakan kepada anda semua tentang sejarah kedatangan telefon bimbit dalam hidup aku (macam sejarah kedatangan Islam ke Melaka la pulak).
Dalam dunia komunikasi telefon bimbit ini, features paling utama ialah CALL dan SMS. Sejak aku menggunakan telefon bimbit bermula pada tahun 2004, aku tergolong dalam kategori manusia yang tidak begitu ghairah dengan features canggih seperti kamera, bluetooth, 3G dan sebagainya. Apa yang penting bagi aku, asal boleh CALL dan SMS.
Pertama, kerana aku tidak mampu membeli yang mahal-mahal.
Kedua, kerana aku lebih mengutamakan duit untuk top-up kredit berbanding menghabiskannya untuk membeli telefon bimbit canggih dan mahal tetapi miskin kredit.
Ketiga, aku memang tak peduli apa nama model telefon bimbit di pasaran, sebab tu aku biasa diam kalau kawan-kawan berbincang tentang model terbaru, sebab memang kantoi bab ni. Telefon bimbit yang aku pakai sekarang ni pun aku tak tau model apa.
Keempat, aku peminat setia telefon bimbit model Nokia. Model lain aku susah nak sesuaikan diri. Nokia ni pakai sihir ke apa ni.
Menurut riwayat ayahku, telefon bimbit yang ada pelbagai features, cepat rosak. Aku gunakan fatwa tak digazetkan ini sebagai penyedap hati dan panduan dalam membeli telefon bimbit. Sepanjang penggunaan telefon bimbit, aku sudah cukup berpuas hati dengan telefon bimbit yang murah dan ada keypad yang tidak terlalu kecil. Paling mahal pernah aku beli hanya telefon bimbit second-hand berharga RM160 (model aku lupa, tapi hafal bentuknya).
Telefon bimbit pertama yang aku miliki ialah daripada hasil titik peluh aku sendiri, iaitu mengumpul duit hasil gaji bekerja di kedai buku ayah saudaraku sepanjang cuti selepas SPM. Masa tu, tahun 2004, telefon bimbit tak semurah sekarang dan kadar SMS sesama Celcom ialah 30 sen dan kepada operator lain, 50 sen.
Lama juga aku menggunakan telefon bimbit tu, ketika kawan-kawan sibuk menukar telefon bimbit mengikut trend semasa, aku istiqamah dan tak rasa malu pun. Yang penting boleh CALL dan SMS.
Sepanjang menggunakan telefon bimbit, sekali saja aku pernah kehilangan akibat dicuri oleh budak sekolah rendah yang duduk makan cendol di meja yang sama. Salah aku juga, sebab cuai. Aku tertinggal telefon bimbitku di meja tersebut dek kerana ghairah hendak beralih ke meja baru. Sedar-sedar saja, lesap budak tu sekali dengan telefon bimbitku.
Cinabeng punya budak. Inilah remaja zaman sekarang. Telefon bimbit buruk macam tu pun nak kebas. Kalau kau tengah baca posting aku ni, masih belum terlambat untuk pulangkan. Aku janji tak akan apa-apakan kau. Boleh kontek aku di 017-2677140.
Lepas tu, terpaksalah aku merembat telefon bimbit model Nokia usang yang tak dipakai di rumah. Kastanya lagi rendah daripada telefon bimbitku yang hilang. Tak apalah, janji boleh CALL dan SMS. Aku pasrah.
Dan hingga kini, aku masih lagi berbangga menggunakan telefon bimbit usang itu. Keypad dah macam tak serupa keypad. Adik perempuan aku yang Darjah 5 tanya "Macam mana nak taip ni? Takde huruf pun." Aku membalas, "Haa, ni la baru hebat. Takde huruf, tapi abang boleh menaip macam kilat. Haha."
Selesai sudah lipur lara aku.
Tentang Mobile Number Portability, berikut adalah beberapa Pro dan Kontra.
1) Kelebihannya ialah kita boleh tukar operator tanpa perlu menukar nombor sedia ada. Maka, tak perlu nak maklumkan kepada semua kawan-kawan tentang pertukaran nombor. Tak serabut kepala.
2) Kelebihannya, dalam sesetengah keadaan, kita boleh berpakat dengan kawan-kawan untuk sama-sama melompat kepada hanya satu operator yang sama. Kalau tiap-tiap orang tukar operator lain-lain, rugi je la. Ini langkah paling bijak dalam memanfaatkan servis ni. Tukar ramai-ramai, bayar sorang-sorang.
3) Kelemahannya, walaupun bertukar operator dan mengekalkan nombor sedia ada, tetapi kadar caj masih berbeza. Maka, ia akan mengelirukan kawan-kawan. "Dia ni nombor 012, guna operator Maxis ke Celcom ke Digi?". Satu hal pula nak kena tanya setiap orang apakah operator sebenar yang digunakan.
Apa ya Pro atau Kontra selainnya? Boleh anda bantu? Saya masih belum memutuskan sama ada hendak menukar operator atau tidak. Kena kumpul pelbagai hujjah sebelum membuat keputusan.
Maaf kerana posting ini bergenre rojak petis. Bermula dengan hikayat, dan berakhir dengan soalan kaji selidik. Terima kasih kerana membaca.
3 comments:
Lupe nak btaaruf dgn hempon abg syak. Mcm pnh nampak, tp xtbayang plak
Oraet le tu, hp daku pon hp warisan. Dari abah turun ke umi, along, n daku.. Elok je..
Bru smlm tbce kat paper pasal sume nombor bleh jadi selkom. Ah, yg penting daku 013! komfirm selkom, xyah penin2
waduh2 adikku shakir..sedih benar hati ini bile membace hikayat telepon2 mu..aku pcayela ko memg setia orgnye sbb aku pun pnh tgk hphone mu yg x nmpk keypaid tu..tp di manakah dirimu mghilang..itu buat hati aku lg sayu..bleh bace blog je sbg pngubat rindu, orgnye taktau di mana..shoutla kt blog akk kalo ade mase..kangen banget sama lawak lawak mu
hehe geliati la bc post bro ni...
Post a Comment