Friday, October 10, 2008

PELIK SUNGGUH PRO MAHASISWA

Selepas Ramadhan melabuhkan tirainya, kini mahasiswa bakal melangkah masuk ke musim peperiksaan dan Pilihan Raya Kampus. 2 event besar untuk dijayakan dengan cemerlang, dan pastinya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh aktivis Pro Mahasiswa.

Buat pengetahuan anda semua, bilangan mereka sebenarnya tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan populasi keseluruhan mahasiswa di kampus. Hanya sekitar 3 % sahaja. Tetapi mengapa mereka begitu tegar dan istiqamah dengan gerak kerja mereka? PELIK BETUL MEREKA NI.

APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda sedang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran setiap malam, ketika itu lah "mereka" menghadiri mesyuarat, mengadakan sesi "brainstorming", membincangkan permasalahan kampus, memerah otak dan tenaga untuk merealisasikan penyelesaian dan sebagainya. Mereka sedar bahawa jika mereka tidak melaksanakan amanah ini, siapa lagi yang mahu peduli? TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

APA TIDAK PELIKNYA, bila orang lain sudah masuk tidur, waktu itulah mereka baru pulang ke bilik/rumah sewa masing-masing. Penatnya badan, hingga terasa nak tumbang terus di atas tilam yang empuk. Tetapi mereka sedar mereka perlu kuat dan berkorban. Kewajipan sememangnya lebih banyak dari masa, dan setiap masa bagi mereka adalah ibarat harta yang tidak ternilai. Mereka gagahi juga kudrat mereka untuk menyiapkan assignment dan mengulangkaji pelajaran. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain sedang bermimpi indah, mereka tersengguk-sengguk menelaah. Tanpa sedar, mereka kadangkala tewas kepada hak badan mereka, lalu terlena di atas meja studi masing-masing atau tidur bergelimpangan di atas tikar rotan. Berdengkur kuat, sekuat kualiti perjuangan mereka. Anda mungkin lena tidur di atas tilam empuk, bantal empuk dan bantal peluk, sambil menyumbat MP3 di telinga. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

APA TIDAK PELIKNYA, ketika orang lain bangun lambat, mereka bangun awal setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh, menggigil membersihkan badan untuk bersunyi-sunyian dengan Pencipta, sebagai tanda syukur atas segala nikmat-Nya terhadap mereka. Murah sekali air mata berguguran tatkala bertemu dengan-Nya, hingga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ummat dan tertegaknya Islam di medan kampus. Bengkak mata jelas kelihatan, iaitu kerana tidak cukup tidur sedangkan kuliah bakal bermula seawal 8 pagi. Tidak ada tidur selepas subuh dalam kamus hidup mereka. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

APA TIDAK PELIKNYA, ketika anda menjamu selera di kafeteria, mereka ketat mengikat perut, dan ada yang berpuasa sunat kerana wang sudah banyak dihabiskan untuk biaya aktivitas mereka. Wang PTPTPU sudah kering kontang, setelah ditolak untuk pembayaran yuran pengajian. Harga minyak naik, barang naik, makanan naik, tambah memeritkan. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh, dan tidak cemburu dengan kemewahan anda saban hari. Kerana mereka merasa cukup dengan janji-Nya. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

APA TIDAK PELIKNYA, pada hujung minggu. ketika anda seronok berjalan-jalan dengan kekasih masing-masing, mereka mengira setiap syiling untuk disumbat dalam mesin tiket LRT, kerana ada tugasan dakwah perlu diutamakan. Mereka meraba-raba duit kertas untuk mengisi barang seringgit dua petrol ke dalam tangki motosikal. Sanggup menahan lapar dahaga bagi memastikan duit cukup untuk tambang pergi dan balik. Ketika mereka keletihan melunaskan tuntutan perjuangan, anda sedang lahap menikmati Burger Zinger di KFC sehingga kembung perut. TIDAK KASIHANKAH KEPADA MEREKA?

PELIK SUNGGUH manusia macam ni. PELIK bin AJAIB.

Tetapi, yang tambah PELIK ialah, masih ada mahasiswa yang mencerca dan menentang perjuangan mereka. Mereka yang menentang itu, berkorban pun liat, akhlak pun teruk, tetapi ada hati mahu menabik dada bahawa mereka adalah di pihak yang benar. Lucu, sungguh lucu.

Pilihan Raya Kampus sudah hampir tiba. Siapakah yang menjadi pilihan anda? Yang PELIK kah atau yang JELEK?

Fikir-fikirkanlah wahai mahasiswa yang bijak bestari. Kalau tak mampu jadi PELIK, sokonglah MOLEK-MOLEK.

8 comments:

loader rental said...

very cool.

jcb loader said...

very clever.

long reach excavator said...

thats amazing story.

hambaAllah86 said...

salam..ustaz, betul lah kata ustaz..tmpt ana baru j bubar MPP..Takbir!!!

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

mabruk shark..Perjuangan mesti diteruskan..

"beruntunglah mereka yang dagang dan pelik"

Vote 4 Pro M!!!

azizan anwar said...

selamat berjuang. salam sahabat....UKM

ibnmasir said...

teruskan berjuang shbt2ku..jgn mengalah..

Anonymous said...

salam..
terkenang sebuah memori lalu..
kisah perjuangan kita bersama..(nyanyi sendiri sampai habis)

p/s:rase nk mengalir air mata bace artikel ni (^_^)khuhafah

 
Template by: Abdul Munir