Sunday, October 19, 2008

PRO MAHASISWA GEGAR UKM !!

Tahniah! Syabash Pro-M sahab!

Itu ungkapan pertama saya kepada Pro Mahasiswa Nasional (PMN) atas kejayaan mereka menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 17 Oktober yang lalu. Kehadiran seramai kira-kira 200 mahasiswa pada demonstrasi tersebut menggemakan sebuah isyarat penting kepada pihak KPT dan universiti, bahawa "Gerakan Mahasiswa Sememangnya Mampu Menggugat!"

Ini lebih hebat daripada program Gegar U!

2 bulan lepas, Naib Canselor bermisai tebal UiTM telah menggerakkan sejumlah besar mahasiswa UiTM turun berdemonstrasi di hadapan pejabat SUK Selangor, dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti MB Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pada hari tersebut, tidak ada satu batang tubuh demonstran pun yang dikasari, apatah lagi disentuh oleh pihak polis. Malah hingga ke hari ini, tidak ada seorang pun mahasiswa yang dibicarakan di bawah AUKU atas "kesalahan" terlibat dalam demonstrasi haram. Yang kelakarnya, NC bermisai tebal itu telah memberikan komen yang amat melucukan, bahawa demonstrasi adalah hak mahasiswa dalam mengecap demokrasi di negara kita.

Allah Maha Bijaksana. Bukan sahaja perancangan NC misai tebal tidak memberi kesan negatif untuk mencalarkan imej Pakatan Rakyat, malah tindakannya telah menyebabkan Anwar Ibrahim menang majoriti besar di Permatang Pauh. Komen lucu beliau, kini telah dijadikan senjata ampuh oleh Pro Mahasiswa untuk menggiatkan lagi demonstrasi sebagai jalan terakhir mereka menyalurkan pandangan selepas segala usaha rundingan dibakul sampahkan. Kalau mahasiswa UiTM boleh, takkan kami tak boleh kot?

Diberitakan, Khaled Nordin akan memberi jawapan terhadap memorandum tersebut pada Isnin ini (20 Oktober 2008). Jika beliau gagal memberikan jawapan yang munasabah, lebih baik letak jawatan saja lah. Tak layak beliau jadi Menteri Pengajian Tinggi jika ruang demokrasi di kampus terus dicabuli. Mahasiswa hari ini adalah bakal pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Allah akan mempersoalkan Khaled Nordin di akhirat kelak jika beliau tidak melakukan perubahan yang sewajarnya.

Saya akan menunggu jawapan beliau esok hari. Jangan cabar MAHASISWA!

STUDENT POWER!

1 comments:

Anonymous said...

melancaunya hossaini botak....bapak sundal....

 
Template by: Abdul Munir