Assalamualaikum wbth buat semua pengunjung,
Hari ini kita berbual santai ya. Tidak ada mood untuk mencoret sesuatu. Tension sket kebelakangan ni. Sakit hati, geram, rasa macam nak mengamuk pun ada. Kenapa la banyak sangat ujian melanda hidup ni? Tak boleh kah aku melalui kehidupan yang segembira orang lain? Tak bolehkah aku sentiasa tersenyum dan girang sepanjang masa?
Aku akur, aku punyai banyak kekurangan dan kelemahan. Tapi mungkin aku punyai banyak kesabaran. Bukan senang nak jadi orang yang penyabar. Lebih-lebih lagi apabila tiba saat-saat kritikal yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tersilap langkah akibat dikuasai kemarahan, pasti menyesal tak sudah-sudah di kemudian hari.
Aku rasa, sebab tu lah Allah puji orang-orang yang sabar. Sebab nak jadi penyabar ni, masya Allah, susah gila. Rasulullah pun ada bersabda mafhumnya, orang yang kuat tu bukanlah yang hebat bergusti, tapi orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan kemarahannya.
Dalam erti kata yang lain, orang yang senang marah atau panas baran ni mempunyai mental yang lemah. Dalam erti kata yang lain juga, kekuatan sejati tidak diukur daripada aspek fizikal, tetapi aspek MENTAL.
Bilal bin Rabah, kalau tak kerana kuatnya MENTAL beliau, pasti beliau akan mudah-mudah je menggadaikan keimanannya kepada Allah apabila ditindah dengan batu besar di tengah-tengah panas terik.
Kalau OKU, orang cacat, still boleh masuk sekolah dan universiti sebab kekurangan dari aspek fizikal tidak menghalang mereka untuk berperanan dalam masyarakat.
Tetapi sebaliknya bagi orang gila atau sakit MENTAL. Mereka hanya boleh makan dan minum untuk hidup, tetapi kehidupan mereka tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Itulah keutamaan MENTAL berbanding FIZIKAL.
Dalam keadaan-keadaan yang genting, KESABARAN amatlah dituntut, kerana ia tidak sesekali bermaksud kita lemah, tetapi mencerminkan KEKUATAN dan KEMATANGAN kita dalam bertindak. Apa guna jika yang kalah jadi abu, dan yang menang jadi arang?
Tidak kira lah sama ada masih bujang, atau sudah berkahwin, ataupun sudah meniti usia tua, mesej ini terpakai untuk semua.
Apabila dalam keadaan marah, berwuduklah. Kalau masih belum reda kemarahan, cepat-cepat duduk atau baring. Ataupun cepat-cepat lah makan aiskrim (tu petua diri sendiri, sebagai alasan untuk makan aiskrim).
Kalau sedang bertikam lidah, pindahkanlah kehangatan peperangan ke meja perbincangan. Sabar itu banyak hikmahnya. Percayalah. Lebih-lebih lagi buat lelaki, kena la banyak bersabar dan menahan kemarahan jika bergaduh dengan perempuan. Sebab perempuan ni kalau mengamuk, dia tak peduli dah kesan daripada keterlanjuran tindakannya. Yang penting dia puas hati dapat luahkannya. Itu apa yang saya pelajari daripada buku-buku psikologi. So, lelaki kena cepat-cepat tekan butang PAUSE bila berdepan dengan amarah kaum perempuan. Itulah hikmahnya kuasa talak berada di tangan suami, dan bukannya isteri.
TOLONGLAH SABAR, INI PESAN SAYA SUNGGUH-SUNGGUH KEPADA DIRI SENDIRI !!!
Entah apa lah yang saya mengarut hari ni. Tak teratur langsung point untuk entri kali ini. Apapun, ambil lah yang relevan, dan buanglah yang mengarut.
Salam Sabar Daripada Jerung Sakti.

1 comments:
Ya Allah, sabarkan lah abg syak ku yg suke wat lawak neh..
Meh ar uthm (sblm tlewat ;D), aeskrem durian pon ade
Xthu ap yg mnggu abg syak lately, nk thu.
~Apabila berhadapan dengan orang jahil lagi angkuh, jangan terdetik rasa lebih pandai, jangan pula merendah-rendahkan. Kerana kelak kita tak membetulkan kejahilan tetapi membentuk kebencian~
**Ayat utk diri sndri sbnrny tuh n_n**
http://promahasiswauthm.blogspot.com/
Ust pakaq dh g usm, nnti abg syak g uthm plak le. Tolong2 shbt kami..
Post a Comment