Sunday, October 05, 2008

TIPS MENYUBURKAN KEIKHLASAN DALAM KEHIDUPAN

Keikhlasan merupakan perkara penting yang memberi makna kepada ibadah manusia, sama ada ibadah di dalam solat atau ibadah di luar solat. Kualiti kedua-dua bentuk ibadah ini, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum, berhubung rapat dengan soal keikhlasan.

Istiqamah dengan keikhlasan pula berperanan penting dalam menentukan pasang surut kualiti ibadah seseorang manusia.

Dalam konteks peribadi, seseorang mampu untuk mengukur tahap keikhlasannya SENDIRI melalui kaedah yang tersendiri. Saya tidak mengambil banyak kaedah untuk mengukur dan memuhasabah keikhlasan saban waktu.

Ada 2 kaedah yang paling mudah dan berkesan buat panduan diri saya sendiri.

1) Umar Al-Khattab pernah ditanya tentang ikhlas, lalu beliau menjawab, "Ikhlas itu seumpama seekor semut hitam yang merayap di atas sebuah batu di tengah-tengah kepekatan malam."

2) Ikhlas boleh diukur menurut aspek kualiti solat seseorang di antara ketika dia bersolat sendirian dengan solat berjemaah. Sekiranya kualiti ibadah ketika bersendirian adalah merosot berbanding ketika berjemaah, maka itu ukuran ibadah kita masih belum cukup ikhlas. Jika dipindahkan dalam konteks yang lebih besar, bermakna kualiti keseluruhan urusan hidup kita juga boleh diukur mengikut neraca ini.

Cuba lah berpegang dengan 2 kaedah ini dahulu, sebagai usaha memperkasakan keikhlasan dalam seluruh aspek kehidupan.

0 comments:

 
Template by: Abdul Munir