Assalamualaikum wbth buat semua pengunjung Jerung Sakti Online,
Ramadhan sudah semakin hampir meninggalkan kita, dan Syawal pula semakin mampir. Masa tak mungkin diundur kembali, dan kita akan terus menapak ke 11 bulan yang berikutnya dengan berbekalkan kekuatan yang dibina pada 1 bulan ini. Sejauhmanakah 1 bulan ini mampu mencorak tindakan dan kelakuan kita pada 11 bulan berikutnya, ianya terletak di tangan kita semua. Pilihan kini di tangan kita.
Universiti Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Berapa ramaikah graduan universiti ini yang akan lulus? Siapakah yang akan memperolehi ijazah kelas pertama, kelas kedua dan seterusnya?
Mengimbas kembali ketika mula-mula memasuki universiti ini, semua mahasiswa menampakkan semangat yang berkobar-kobar dan berlumba-lumba untuk bersaing sesama sendiri demi memperoleh segenggam ijazah Taqwa. Tetapi apabila hari semakin berlalu, ada yang mula tercungap-cungap, ada yang keletihan, ada yang jemu, dan ada yang putus asa. Yang masih gigih dan istiqamah telah tinggal beberapa kerat sahaja, boleh dibilang dengan jari sahaja.
Pada penghujungnya, ada yang beroleh ijazah Taqwa kelas pertama, ada yang sekadar berpuas hati dengan kelulusan mereka, sesuai dengan usaha yang sedikit. Ada juga yang menyesal kerana leka dan tidak konsisten sepanjang pengajian di Universiti Ramadhan.
Itulah perumpaan bagi mengungkapkan proses Ramadhan sebagai universiti terbaik mendidik manusia.
Sayu hati ini apabila menyedari Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Terasa seolah-olah saya hanya lulus sekadar cukup makan sahaja sepanjang Ramadhan ini. Rasa tak puas. Alangkah baiknya jika saya dapat melangkah 11 bulan akan datang, terus sahaja menemui Ramadhan berikutnya.
Syahdan, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat teman-teman yang pernah mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kesalahan dan tindakan-tindakan yang mengguris hati teman-teman sekalian. Atas perkara yang tidak kalian ketahui, saya ada jawapan tersendiri. Moga Allah melapangkan semuanya untuk saya meneruskan kembara di bumi ini, sebelum berpindah ke dunia yang kekal abadi.
Salam Aidilfitri dari seluruh krew Jerung Sakti Online. Maaf Zahir dan Batin.
Read More..