Ketika ambang perubahan telah menampakkan wajahnya di kebanyakan IPTA, maka menjadi keperluan bagi gerakan mahasiswa Islam, yang menjadi teras kepada Pro Mahasiswa untuk mempersiapkan diri dan memperkemaskan tanzim, dalam usaha mengemudi harapan baru yang telah diamanahkan oleh mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini. Kemenangan atau pertambahan kerusi yang diperolehi oleh Pro Mahasiswa, membolehkan gerakan mahasiswa Islam melunaskan tuntutan Dakwah Islamiyyah dalam medan yang lebih luas.
Namun, ketika gerakan mahasiswa Islam berada dalam mood kemenangan ini, wajar kita berhenti sejenak untuk meneliti dan membuat post mortem terhadap gerakan, menghakis segala kekotoran yang dibimbangi akan menghambat langkah kita pada masa akan datang. Tulisan ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak yang khusus, kerana contoh-contoh masalah ini mungkin berlaku dalam sesetengah gerakan dan mungkin tidak bagi sesetengah gerakan lain.
Tulisan ini hanya bertujuan berkongsi pandangan dan suatu bedah siasat bersifat introspeksi terhadap beberapa wabak yang telah mula menular di dalam gerakan mahasiswa Islam, dan jika tidak dicegah, dikhuatiri akan mengakibatkan gerakan menjadi lumpuh dan tidak berupaya menjayakan agenda mengisi kemenangan ini. Fokus tulisan ini tidak menumpu kepada permasalahan/faktor luaran yang menghambat pergerakan gerakan Islam kampus, seperti penyelewengan proses PRK atau ugutan di kolej-kolej kediaman, sebaliknya menjurus kepada budaya kurang sihat yang menjadi virus dalaman gerakan yang tidak disedari.
BUDAYA MENGKASTA, MELABEL, MENYISIH
Memandangkan gerakan mahasiswa Islam mendapat penyertaan daripada mahasiswa yang dilatari oleh pelbagai latar belakang, tingkat keilmuan dan pengalaman, maka menjadi suatu cabaran bagi kepimpinan gerakan untuk menyatukan mereka di atas landasan Al-Fahmu, fikrah dan kekuatan, agar perjuangan mereka dapat dituntun dengan lancar menuju kepada misi yang ditetapkan oleh gerakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini juga menuntut sebuah sistem tarbiyyah yang dinamik, bagi menampung dan menggilap potensi setiap ahli gerakan dengan semaksimanya.
Namun, apa yang membimbangkan ialah apabila kepimpinan gerakan melihat kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai suatu masalah, lantas secara tidak disedari mewujudkan seolah-olah sistem kasta dalam gerakan, di mana setiap kelompok kepelbagaian itu mendapat layanan yang berbeza. Antara neraca biasa yang digunakan oleh kepimpinan dalam menyusun kasta ialah mengikut fakulti, latar belakang sekolah, tahap kepatuhan (baca : taksub yakni mengikut sesuatu tanpa ilmu).
Mari kita bedah satu persatu. Sebagai contoh, ahli-ahli yang berlatarbelakangkan Fakulti Pengajian Islam atau Pendidikan Islam diberikan layanan yang berbeza daripada ahli-ahli daripada Fakulti Sastera, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi dan sebagainya. Contoh layanan berbeza ialah bagi tanzim-tanzim di fakulti-fakulti utama ini, jika mereka tidak melaksanakan usrah, atas alasan bahawa mahasiswa di fakulti-fakulti tersebut sudah tidak perlukan usrah (walaupun ahli tanzim mereka ramai dan mampu melaksanakan usrah), mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun ia menyalahi arahan daripada Lajnah Tarbiyyah. Akan tetapi apabila tanzim-tanzim fakulti second class tidak melaksanakan usrah, mereka akan ditekan, dikenakan tindakan, dimuhasabahkan seolah-olah mereka tidak wala' kepada kepimpinan pusat.
Contoh kedua ialah latar belakang sekolah. Cara pemikiran salah yang kini sedang menular di sesetengah gerakan islam kampus iaitu apabila mereka merekrut ahli hanya berdasarkan semakan terhadap latar belakang sekolah, iaitu bagi mereka yang datang daripada sekolah-sekolah agama seperti KISAS, Maahad Muhammadi, Maktab Mahmud dan sebagainya, melepasi proses tapisan secara mudah tanpa perlu melalui proses pentarbiyahan yang mengikut tertib dan berperingkat. Akan tetapi bagi mereka yang berlatarbelakangkan sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, MRSM, mereka berkemungkinan besar tidak mendapat perhatian untuk direkrut, walaupun mempunyai potensi yang besar untuk perjuangan Islam.
Contoh ketiga ialah tahap kepatuhan kepada kepimpinan pusat. Lebih parah lagi apabila kepimpinan itu sendiri tidak memahami tabii gerakan dan maksud Wala'. Mereka menyalahgunakan istilah Wala' supaya ahli taksub (baca : mengikuti sesuatu tanpa ilmu) kepada mereka. Penyalahgunaan elemen Wala' ini seterusnya mewujudkan budaya gerakan yang kaku, statik, jumud, mencambahkan budaya cantas mencantas, lobi melobi, ampu mengampu, tikam belakang hingga meretakkan hubungan sesama ahli. Keadaan ini berlarutan apabila kepimpinan sedia ada mengatur kepimpinan selepasnya hanya di kalangan ahli yang patuh dan tidak bertembung pendapat dengan mereka, walaupun kualiti quwwah dan amanah ahli-ahli tersebut jauh lebih rendah daripada ahli-ahli yang "tidak wala".
Bersambung dalam Siri 2...

14 comments:
penistaan harus dihentikan . Hentikan Budaya YAHUDI dalam gerakan mahasiswa !!!!!!
Salam...
rasenye perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci....
perlu perbincangan yang lebih luas
saya berpendapat awak hanya lebih tertumpu kepada peribadi yang terikut2 dengan budaya tempat lain, sedangkan gerakan islam ini, dasarnya adalah sama. namun perkara furu'nya akan tetap berbeza seperti apa yg dikatakan hasan al-banna (baca : risalah ta'lim) saya faham benar yang awak mengutuk ukm. dan tuduhan awak ini sebenarnya melampau. saya tidak kisah sekiranya awak sendiri menikam dr belakang dan memburukkan gerakan mahasiswa ukm pada univ lain. sebab itu memang tabiat awak. Pada pandangan saya, krisis wala' di ukm telah berlaku apabila awak telah berada di FST. sebelum ini, tiada rasanya. dan saya menasihati awak agar perbaiki semula manhaj A.manar yg awak dah bawak dari KMPh tu, spy stiap ahli gerakan islam tidak bercelaru dengan krisis wala' yg kadang kala saya merasakan awak bukan mengambilnya dari buku, tp awak telah menyesuaikan nya dengan pemikiran awak sendiri. letak lah shout box di blog ini....mudah sikit kita bncg
Kepada anonymous,
Saya tidak menyatakan ianya berlaku di UKM. Ianya berlaku di mana-mana sahaja. Ini adalah lontaran saya berkenaan apa yang saya fikirkan.
Apa yang anda maksudkan tentang krisis wala'? Saya juga ingin tahu apa yang anda faham tentang wala'. Kalau nak jumpa, berdiskusi dengan saya pun boleh. Amat dialu-alukan. Sekadar menyembunyikan diri disebalik anonymous atau shoutbox, bagi saya ianya hanya dilakukan oleh seorang yang pengecut dan tidak yakin dengan kefahaman sendiri.
Awak pun baiki lah manhaj ISRA' dari KMM yang awak bawak masuk ke UKM. Masih banyak lompangnya. Dan jangan bawa orang berpusat kepada individu, tetapi bawa lah orang kepada perjuangan ya(ulang ayat ni 3 kali).
Wala' tidak pernah bersalah. Tetapi ahli gerakan lah yang selalu menyalahguna istilah wala' sehingga menyebabkan pengurusan dalam jemaah tunggang langgang.
Mari kita jumpa. Ni no saya : 017-2677140. atau boleh email saya di sharkpmc@yahoo.com. Nyatakan nama sekali ya.
saudara jerung sakti nie ISRA' ke? Anak buah Mad Noh ke? hati-hati saya dgr mcm-mcm penyelewengan yg berlaku yg terpalit pd name die.takot2 terpalit pd diri sendiri. apa2 pn Islam nie akan tertegak bkn sbb jemaah.tp pd tgn mereka yg btul2 ikhlas penuh ukhuwwah berjuang menegakkan yg benar dan membenamkan yang batil.
berbincanglah baik-baik.
setahu aku, memg ust md nor ngajar anak2 buah die ni saraf kotor kot. cakap blakg pandai. berdepan x berani. x da adab.
ak dgr die ni bekas irc. tnye sape yg tlibt mase zaman irc nk infiltrate pas. jadi masul kampus kpd utm, usim, kmm. stkt ni yg ak tau. wah hebtnya org bukan kmpus sendiri jdi masul kpd byk kampus.
skrg ak dgr tgh baik dengan fairuz timb km penang. yg ak tau die ni bekas ukm.
ak sebagai org tgh ak tau ap yg berlaku di sebalik tabir. kalau berani, panggil ust ramadhan, panggil jpm matrik, jpm kampus, semua matriks, semua jik untuk sit selesaikan masalah. setkt label2 tu budaya pengecut. tu bukan saraf tapi x da maruah.
kalau pas nak bersungguh2 nak hapuskan org yg betul2 mempunyai agenda peribadi dlm jemaah, patut golongan mcm ni yg kena kaji btl2. bukan sebahagian pimpinan yg berada dlm pas pusat yg memg x da apa2 agenda.
jgn pelik kalau jpm dilihat lembab dlm menyelesaikan masalah yg kesannya akan dilihat 2-10 thun lg
ak doakan Allah akan menolong org yg benar2 berjuang untuk islam
dan aku tetp menunggu
ex kisas ex pasum
Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh
Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)
Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)
Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Aturcara:
Sholat Maghrib berjemaah
Bacaan Ratib al-Haddad
Bacaan Maulid - Diyaul Lami’
Ceramah oleh Habib Kazim
Qasidah
Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Sholat Isya’
Jamuan
Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.
http://pondokhabib.wordpress.com
salam..
hm.. macamana la boleh ada isu asobiyah mengikut fakulti.. n sistem kasta dlm gerakan ni.. n hal wala' pun..
antum di sini semuanya mmg berani melontarkan pendapat.. cuma perlu dikurangkan emosi dlm isu2 sebegini.. org luar [mcm ana] blh slh fhm pada isu yg berlaku d sana.. jd, berhikmahlah dlm berbicara.. krn ia blh jd fitnah ttg kelembutan para da'ie dlm menyambung tugas Rasulullah..malah lbh besar fitnahnya pd gerakan yg ada d sana..
AYUH MAHASISWA SEKALIAN KEMBALIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI SEPENUHNYA BUKAN BARAT SANA SINI BAHASAPUN BARAT SEPERTI SEKARANG INI...
salam. Great article...
salam ziarah drpd pro M uia kuantan.
AZURIN.
salam...
ana tertunggu-tunggu siri ke2
bile agaknya ye?...
Bismilillah hir Rahman nir Rahim.
Saya pernah baca buku, tak ingat tajuk betul dia. Dakwah dalam Islam atau apa tah.
Lepas saya baca kat sini, saya teringat kat buku tu. Ada hadis, tapi exact word tak ingat. Saya beritahu sekadar yg saya faham.
'Layanlah orang lain seperti kita melayan waris kita sendiri.'
Kalau saya salah, harap leh betulkan. Wallahualam.
Maaf, tadi silap. Hadis yang benarnya ini..
"Selalu Jibril itu memberi pesan kepadaku agar berbaik dengan tetangga, sampai timbul sangkaku bahawa tetangga itu akan mewarisinya." (Dirawikan oleh Bukhari, Muslim Ahmad bin Hambal, Abu Dawud dan At-Tarmidzi)
- Prinsip Kebijaksanaan Da'wah Islam.
Post a Comment